Sunday, 16 October 2016
Saturday, 15 October 2016
KONSEP PERSAUDARAAN
PENGERTIAN
Konsep persaudaraan boleh
ditakrifkan berdasarkan kepada dua bahagian.
Dari segi bahasa.
Perkataan persaudaraan adalah
terjemahan daripada perkataan Arab iaitu Ukhuwah yang berasal dari akar kata
Akhun yang membawa erti sebagai sahabat, teman, saudara dan sebagainya.
Dari segi istilah.
Boleh dilihat dari beberapa sudut:
Dari kacamat al-Quran,
persaudaraaan diertikan sebagai perasaan kasih sayang, tolong-menolong,
bantu-membantu, bertolak-ansur, bermesra dan cinta-mencintai diantara sesama
umat Islam tanpa berkecuali.
Dari kacamata al-Hadith
Rasulullah s.a.w pula, persaudaraan diertikan lebih kurang sama sepertimana
yang dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran. Di mana Rasulullah s.a.w
menghuraikan konsep persaudaraan itu sebenarnya merupakan tubuh badan, darah
daging dan roh umat Islam sendiri pada keseluruhannya. Sehingga baginda
mentamthil ibaratkan perasaan persaudaraaan sesama umat Islam sebagai satu
tubuh badan apabila satu anggota tubuh badan itu mengalami kecederaan atau
terkena sakit, penderitannnya dirasa dan ditanggung bersama oleh seluruh
anggota badan. Sehingga seluruh anggota turut sama berjaga malam untuk
sama-sama merasai kesakitan yang dialami oleh salah satu daripada anggota yang
sakit itu tadi.
Dari kacamata ulamak Islam pula,
terdapat dua kumpulan pendapat yang terbesar:Golongan yang mengatakan bahawa
konsep persaudaraan ialah dalam bentuk umum. Iaitu persaudaraan tanpa mengira
aqidah, bangsa, keturunan, warna, kulit dan sebagainya. Malah asal dinamakan
manusia maka perasaan persaudaraan itu wajib dijalin. Golongan kedua menekankan
tentang ketunggalan asal usul manusia yang berasal daripada daripada Adam a.s
itu bersaudara dan menjadi tanggungjawab mereka untuk mengeratkan persaudaraan
dan kemakmuran manusia sejagat.
PENGERTIAN
PERSAUDARAAN MENURUT AL-GHAZALI.
Pertama :
Persaudaraan itu dijalin atas
dorongan untuk mendapatkan keseronokan. Hal ini berlaku apabila seseorong itu
merasa gembira melihat orang lain samada dari segi paras rupa, tingkah laku dan
sebagainya. Ini bererti seseorang itu menjadi sebab mengapa persaudaraan itu
terjadi.
Kedua :
Persaudaraan itu terjadi yang
berpunca daripada tujuan seseeorang untuk kepentingan dirinya sendiri. Misalnya
dengan persaudaraan itu kelak ia mendapat pertolongan di dalam bentuk
kebendaan, kewangan dan sebagainya. Ini bererti persaudaraan itu diraih semata-mata
untuk itu.tujuan kebendaan dan tidak lebih dari.
Ketiga :
Adalah persaudaraan yang sengaja
diusahakan, tetapi bukan dengan tujuan untuk kesoronokan memandang seseorang
atau untuk kepentingan kebendaan tetapi semata-mata untuk
mendapatkankebahagiaan di akhirat.
Keempat :
Persaudaraan yang diikat erat di
atas cetusan daripada kesedaraan iman dan taqwa kepada Allah s.w.t. Dalam
ertikata bahawa persaudaraan yang dijalin kerana semata-mata patuh, taat,
menyembah dan menyerah diri kepada Allah s.w.t.
Kesimpulan :
Di mana sebarang daya usaha untuk
berkasih sayang, cinta-mencintai, bermesra, hormat-menghormati, bekerjasama,
tolong-menolong dan sebagainya sesama umat Islam semata-mata kerana beribadat
kepada Allah s.w.t adalah merupakan ikatan persaudaraan yang sempurna dalam
ertikata yang sebenarnya.
SAHABAT YANG IDEAL MENURUT
AL-GHAZALI.
• Kebijaksanaan
• Akhlak yang mulia
• Tidak fasik
• Tidak melakukan bidaah
• Pemurah.
HIKMAH PERSAUDARAAN
Apabila memperkatakan tentang
hikmat, kelebihan atua faedah daripada persaudaraan, ia boleh dihuraikan
melalui al-Quran dan al-Hadith.
Al-Quran.
Al-Quran secara khusus telah
menyenaraikan beberapa hikmat persaudaraan yang di antaranya ialah :
Al-Quran menjelaskan bahawa
pengukuhan perasaan persaudaraan di di kalangan umat Islam dan berbaik-baik
dengan yang bukan Islam adalah semata-mata untuk mengwujudkan perpaduan
sejagat. Apabila terburainya ikatan itu tadi, bumi Allah s.w.t ini akan
dibasahi oleh darah manusia. Punca utama pertumpahan darah itu adalah
disebabkan hilangnya ikatan perasaan persaudaraan sesame manusia. Jesteru
kerana itu, persaudaraan dan perpaduan menurut Al-Quran adalah merupakan
jembatan emas yang menuju ke arah pencapaian keamanan, dan kesejahteraan yang
dimimpikan oleh setiap manusia dan penghalangan perpecahan. Selain daripada
itu, walaupun perpaduan diwajibkan oleh Allah s.w.t, mereka yang bersatu-padu
berasas kepada iman dan taqwa iaitu berasaskan persaudaraan Islam adalah
merupakan golongan yang paling dimuliakan oleh Allah s.w.t.
Al-Quran juga selanjutnya
menjelaskan bahawa persaudaraan adalah merupakan nikmat yang tidak terhingga
besar ertinya kepada manusia. Hal ini adalah bertitik-tolak daripada kenyataan
bahawa melalui persaudaraan ini maka manusia dapat melaksanakan apa sahaja yang
mereka kehendaki kea rah penyempurnaan keperluan hidup mereka. Persaudaraan
melahirkan semangat untuk bekerjasam, bergotong-royong dan saling
bantu-membantu sesama umat Islam untuk melakukan segala kebajikan yang dapat
menyempurnakan keperluan hidup mereka bersama.
Selanjutnya persaudaraan jugalah
yang telah menjadi nikmat yang cukup besar apabila sesuatu penderitaan atau
halangan yang dialami oleh salah seorang daripada umat Islam akan ditanggung
bersama oleh umat Islam sehingga kesakitan atau penderitaan itu seolah-olah
tidak berlaku kerana menjadi ringan apabila kesusahan itu dipikul bersama.
Al-Quran juga menyarankan bahawa
nikmat persaudaraan yang berlunaskan kepada saranan Allah s.w.t sepertimana
yang terkandung di dalam al-Quran adalah merupakansalah satu asas kejayaan
seseorang muslim di atas muka bumi ini dan di akhirat. Persaudaraan yang
diperundangkan oleh Allah s.w.t itu berpunca daripada keimanan dan ketaqwaan.
Sedangkan kedua0dua unsur itu merupakan tali pengikat yang cukup kuat bagi
menjamin keberkekalan persaudaraan.
Melalui persaudaraanlah seseorang
itu memperolehi kekuatan dan kekuasaan, hal ini amat benar sekali. Di mana
sesuatu golongan yang bersatu-padu itu adalah merupakan golongan yang kuat dan
gagah yang disegani rakan dan lawan. Inilah di antara faedah atau kelebihan
persaudaraan. Tamadun yang dicapai oleh sesuatu bangsa itu adalah disebabkan
ketinggian prestasi perpaduan, persefahaman dan persaudaraan di kalangan setiap
ahli bangsa itu sendiri dari golongan pemerintah hinggalah golongan rakyat
jelata.
Prestasi keimanan dan ketaqwaan
orang-orang Islam itu dapat diukur dengan kadar tingginya prestasi persaudaraan
di kalangan merela sendiri. Inilah kayu pengukur atau dacing penimbang yang
dikemukakan oleh al-Quran. Dalam ertikata yang lain semakin tinggi dan kukuhnya
ikatan persaudaraan di kalangan umat Islam, maka semakin tinggi dan kukuh iman
dan taqwa umat Islam. Sebaliknya, perpecahan, persengketaan dan pertumpahan
darah yang berlaku di kalangan umat Islam adalah lambang atau petanda kelemahan
dan kelenturun iman dan taqwa mereka. Hanya orang yang benar-benar beriman dan
bertaqwa sahaja yang dapat melaksanakan hak dan tanggungjawab yang
diperundangkan oleh Islam.
Al-Hadith.
Rasulullah s.a.w menyarankan
bahawa persaudaraan yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w mempunyai kesan dari
segi psikologi atau kerohanian yang cukup besar. Ini disebabkan persaudaraan
dan perpaduan itu tidak dapat dilaksanakan melainkan setelah wujudnya perasaan,
semangat dan keinginan yang cukup tinggi. Jesteru kerana itu Rasulullah s.a.w
beranggapan persaudaraan itu memerlukan kepada semangat dan cita-cita untuk
bersatu-padu dan bekerjasama.
Persaudaraan bertitik-tolak
daripada lubuk hati atau jiwa inilah apabila diadunkan dengan iman dan taqwa
menjadi satu daya tenaga yang cukup kuat di kalangan umat Islam. Hikmat yang
terbesar yang diperolehi daripada persaudaraan ialah kepuasaan dan kebahagiaan
jiwa dan hati yang tidak terhingga. Perkara ini amat ketara apabila golongan
yang bersatu-padu itu menjadi kuat dan gagah yang disegani dan ditakuti oleh
musuh. Jesteru kerana itu ia menanamkan semangat percaya kepada diri sendiri,
kemegahan dan kepuasaan hati.
Selanjutnya, persaudaraan
menyuburkan perasaan kekuatan rohani yang berakhir dengan terjelmanya kekuatan
jasmani. Dengan ini, segala sesuatu yang berbentuk kejiwaan atau kebendaan
dapat diselesaikan dengan adanya daya kekuatan persaudaraan.jesteru kerana
itulah persaudaraan itu digalakkan oleh Rasulullah s.a.w diperkukuhkan. Kemesraan
umat Islam sentiasa dipertingkatkan dan semangat kasih sayang itu sentiasa
dipupuk agar dapat meningkatkan lagi prestasi ikatan persaudaraan.
Hiikmat persaudaraan yang
berasaskan kepada Hadith Rasulullah s.a.w selanjutnya dijelaskan oleh baginda
sebagai satu cara bagaimana seseorang itu mendapat perlindungan daripada Allah
s.w.t di hari akhirat kelak. Di man di Padang Mahsyar kelak tiada siapa yang
dapat memberi perlindungan daripada azab sengsara melainkan Allah s.w.t juga
yang berkuasa lagi maha memberi pengampunan. Dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w
bahawa orang yang mengeratkan hubungan persaudaraan adalah di antara mereka
yang akan diberikan oleh Allah s.w.t di Padang Mahsyar.
Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w
selanjutnya bahawa orang yang mengasihi umat Islam yang lain kerana beribadat
kepada Allah s.w.t adalah terdiri daripada golongan yang paling dikasihi oleh
Allah s.w.t Sedangkan keredhaan Allah s.w.t sentiasa dicari-cari dan menjadi
cita-cita oleh setiap umat Islam. Kini telah jelas terbukti salah satu cara
yang paling baik untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t dan menjadi orang yang
dikasihi olehnya dengan mengasihi dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara
sesama umat Islam.
Ganjaran yang begitu besar
ertinya daripada Allah s.w.t kepada manusia ini sebenarnya mempunyai hikmat
disebaliknya yang semata-mata untuk kepentingan dan kesempurnaan hidup manusia
sendiri. Di mana implikasi daripada eratnya hubungan silaturrahim akan
mencetuskan perpaduan yang membawa kepada keamanan, kesejahteraan dan perpaduan
yang semata-mata merupakan faedah kepada umat manusia. Tentang ganjaran kasih
sayang Allah s.w.t terhadap umat Islam yang mengasihi umat Islam yang lain
dirakamkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam Hadith yang diriwayatkan oleh
Rasulullah s.a.w.
PRINSIP
– PRINSIP PERSAUDARAAN DALAM ISLAM
PERDAMAIAN
Al-Quran secara khusus
menghuraikan tentang prinsip pertama ini iaitu perdamaian atau hubungan yang
baik. Di mana perdamaian atau berbuat baik antara satu sama lain di kalangan
umat Islam itu mestilah berdasarkan kepada ketentuan yang dianugerahkan oleh
Allah s.w.t iaitu segala akhlak yang terpuji sepertimana yang terkandung di
dalam al-Quran. Hanya dengan iman dan taqwa hubungan yang baik itu benar-benar
memenuhi syarat dan keperluannya di dalam ertikata yang sebenar. Kepentingan
kedua-dua unsur itu tadi di dalam mengwujudkan perdamaian dan pengekalan
prestasi persaudaraan tidak dapat dinafikan.
Di antara cara pengekalan
prestasi perdamaian di dalam mengeratkan persaudaraan Islam ialah dengan setiap
umat Islam mestilah sentiasa berniat, bercita-cita dan menjelmakan dalam bentuk
tingkah laku dalam menggalakkan berkembang luasnya amal kebajikan. Dalam masa
yang sama sentiasa melarang daripada melakukan kemungkaran. Kebenaran kenyataan
ini terlalu menonjol sekali. Kerana jika seluruh individu umat Islam melakukan
kebajikan dan tidak ada yang melakukan kemungkaran tentu kebaikan dan
perdamaian sahaja yang wujud, sedangkan kehuru-haraan serta keburukan tidak
timbul sama sekali.
Al-Quran selanjutnya menegaskan
bahawa perdamaian sejagat di kalangan umat Islam itu akan dapat dicapai dan
dinikmati bersama serta dikekalkan buat selama-lamanya jika setiap individu
muslim berpegang teguh kepada agama Allah s.w.t Islam itu sendiri membawa erti
perdamaian. Sekaligus Islam adalah merupakan parti tunggal yang dapat
mengeratkan ikatan persaudaraan dan perdamaian dalam ertikata yang sebenarnya
di kalangan manusia.
ASAS
PERSAUDARAAN ISLAM
1)Akhlak yang mulia.
Tidak dapat dinafikan lagi
tentang betapa pentingnya akhlak dijadikan sebagai asas persaudaraan Islam.
Akhlak boleh ditakrifkan di dalam ungkapan yang paling singkat sepertimana yang
dikemukakan oleh Al-Ghazali sebagai segala laku perbuatan yang mulia yang
berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Hadith.
Akhlak Umum :
Apabila memperkatakan akhlak yang
umum, Al-Quran telah mempersembahkannya di dalam beberapa bentuk yang
disenaraikan di bawah ini. :
a.Bercakap benar, tidak dusta
adalah salah satu daripada sifat akhlak umum Islam yang disarankan oleh
Al-Quran. Betapa pentingnya bercakap benar setiap masa dan tempat di dalam
mengeratkan ikatan persaudaraan tiada siapa yang meraguinya. Kerana ia merupakan
perkara yang dapat menimbulkan perasaan percaya mempercayai dan kasih sayang.
Sedangkan dusta adalah merupakan pengkhianatan yang menghancur-luluhkan kasih
dan menimbulkan kebencian.
b. Menjauhkan diri daripada
melakukan segala yang mungkar dan keji adalah ciri akhlak umum Islam yang
selanjutnya. Tidak dapat dinafikan terhapusnya amalan keji ini dapat
mengeratkan ikatan persaudaraan. Kerana ia sentiasa menggalakkan berkembang
perasaan kasih sayang, kebajikan, persefahaman dan menyuburkan perasaan saling
hormat-menghormati.
c. Akhlak umum yang disarankan
oleh Al-Quran selanjutnya ialah menggalakkan meluasnya perkara kebajikan dan
berusaha menghapuskan kemungkaran. Tentang peranan kedua-dua unsur akhlak ini
tadi di dalam pemupukan kasih sayang dan persaudaraan umat menonjol sekali.
Kerana tiada manusia yang tidak suka kepada kebajikan. Setiap kali kebaikan
yang diterimanya pasti ia merasagembira dan senang hati. Kebajikan yang
berkekalan bertanggungjawab mencetuskan keamanan, kemakmuran, kesejahteraan, persaudaraan
da perpaduan di kalangan umat Islam. Sedangkan ke semua unsure ini tidak saling
bantu-membantu menuju ke arah kemesraan dan kasih sayang.
d. Perlaksanaan ibadat samada
ibadat khusus atau ibadat umum. Manusia yang menyedari hakikat matlamat penciptaan
dirinya iaitu untuk patuh menyembah dan menyerah diri kepada Allah s.w.t pasti
akan terus sujud dan mengikut perintah-Nya dan meninggalkan segal larangan-Nya.
Akhlak Khusus :
a. Menekankan pentingnya penunaian janji.
Kenyataan ini amatlah penting dan tepat sekali, di mana penunaian janji dapat
mencetuskan perasaan kasih sayang dan terhutang budi. Perasaan inilah yang
memainkan peranan yang agak penting di dalam menyemai, menyubur dan
menghasilkan ikatan persaudaraan yang unggul.
b. Sifat tolong-menolong,
bantu-membantu, bekerjasama dan sempurna menyempurnakan. Akhlak ini amatlah
mustahak di dalam pengukuhan ikatan persaudaraan kerana tiada manusia yang
dapat menyempurnakan keperluan hidup secara sendirian. Jester itu dengan wujud perasaan
saling bantu-membantu dapat menyuburkan perasaan persaudaraan.
c. Akhlak khusus selanjutnya
dijelaskan oleh Allah s.w.t sebagai merendah diri. Tawaduq dan hidup dalam
keadaan sederhana (zuhud). Sebaliknya Allah s.w.t melarang daripada sifat bongkak,
sombong, takbur, riak dan lain-lain. Sifat merendah diri tentu dapat menjadi
tenaga yang kuat untuk mengeratkan perpaduan apabila orang yang merendahkan
diri itu disukai dan tidak menimbulkan sesuatu yang boleh menyakitkan hati
orang lain.
2)Ikhlas.
Dari segi bahasa, perkataan
ikhlas dalam bahasa Arab bererti kebersihan, kejernihan, kesucian dan
kemurnian. Oleh itu laku perbuatan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan
niat di hati ialah laku perbuatan yang bersih, jernih, suci dan murni.
Ikhlas dari segi istilah ialah
pembersihan dan penyucian niat dari sebarang kekotoran dan penyakit yang
menodai keikhlasan untuk taqarrub atau menghampirkan diri kepada Alla s.w.t
semata-mata, dalam segala laku perbuat yang telah sedang dan akan dilaksakan.
3)Amanah.
Amanah dalan ertikata memelihara
sesuatu yang diberikan kepercayaan kepada yang berhak menerimanya. Di dalam
hubungan persaudaraan, segala sesuatu yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t
kepada umat Islam yang diwajibkan pengagihannya kepada suadaranya adalah amanah
yang mesti dipelihara dan disempurnakan.
4)Belas Kasihan.
Sifat ini dianggap cukup penting
kerana tanpa sifat ini, masyarakat manusia menjadi masyrakat binatang yang suka
melakukan kekejaman dan penindasan apabila ia berkuasa melakukannya. Allah
s.w.t sememangnya mewajibkan agar umat Islam menghayati dan mengamalkan segala
sifat-sifat kesempurnaan Allah s.w.t sepertimana yang terkandung dalam Asma
ul-Husna. Digalakkan umat Islam menjiwai sebanyak dan sedalam yang mungkin.
Kerana sifat belas kasihan sentiasa menuju ke arah peningkatan iman, taqwa dan
amal soleh yang sekali gus berfungsi sebagai tali pengikat ikatan persaudaraan.
Dijelaskan oleh Allah s.w.t sesiapa sahaja yang mempunyai sifat pengasih dan
penyayang serta menaruh belas kasihan kepada makhluknya, diampuni oleh Allah
s.w.t Mereka juga dipelihara oleh Allah s.w.t daripada azab api neraka.
PERISTIWA BERDARAH
![]() |
Sejak dulu, Utusan Melayu memainkan peranan
membangkitkan api perkauman.
Seperti lalang, kaum India dikatakan turut mengambil kesempatan menyebelahi
kaum Cina untuk menghapuskan bangsa
Melayu.
|
Peristiwa 13 Mei
Rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 adalah kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Ia lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya 1969. Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
LATAR BELAKANG
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah hilang majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
Parti Gerakan, DAP dan PPP (kesemua 3 parti tersebut dimonopoli oleh bangsa Cina) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan parti-parti yang ditunjangi oleh kaum Cina. Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP (kedua-dua parti ini ditunjangi oleh kaum Cina) telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
KAUM CINA MERAIKAN KEMENANGAN
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan dimana majoritinya berbangsa cina telah menang besar di kawasan Batu , Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor . Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baharu. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO ketika itu, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan perkauman. Ada pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu penyapu mempunyai konotasi yang amat negative - sial. Ada orang Cina yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
PERARAKAN KEMATIAN CINA
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahli Parti Gerakan melakukan kebiadapan terhadap orang Melayu semasa perarakan. Yeoh Tech Chye menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Malangnya permohonan maaf sudah terlambat.
RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk .
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan orang Cina terutama dari parti Gerakan dan DAP tersebar dan meluap-luap. Malah ada pendapat yang mengatakan kaum Cina dari parti MCA juga turut bersatu dan berpadu dengan kaum Cina dari Gerakan dan DAP untuk menghina dan menghapuskan orang-orang Melayu. Semangat kesepakatan dan perkauman bangsa Cina amat ketara ketika itu.

Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak , hanya 2 km dari rumah Menteri Besar Selangor.
4.00 petang. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak ganas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak boleh keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
REGIMEN RENJER
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Regimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang. Ketua Regimen Renjer dikatakan seorang Cina. Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Regimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.
ASKAR MELAYU
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.
Dikalangan orang Cina ada yang mengatakan, ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen beberapa pemuda Cina ditangkap dan dibariskan di tepi lombong kemudiannya dibunuh. Bagaimanapun ternyata bangsa Cina berbohong apabila sehingga sekarang tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman tersebut!!!
PANGGUNG ODEON
Pemuda-pemuda Cina yang ganas dan jahat dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan bangsa Cina keluar dari panggung. Iklan tersebut dalam bahasa Cina. Pemuda-pemuda Cina samseng dari kongsi-kongsi gelap tersebut bertindak semakin ganas dengan membakar panggung Odeon setelah semua bangsa Cina keluar dari panggung tersebut. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan biadap dan ganas dari kaum Cina itu, barulah orang-orang Melayu mulai bertindak balas. Ada yang mengatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar.
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan tentera selempang merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baharu mengedarkan air jampi dan tangkal penebat iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sebenarnya mereka mengambil kesempatan daripada keadaan cemas tersebut. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang-terbang. Apa yang pasti Askar Melayu yang telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.
ANGKA KORBAN
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi spekulasi mengatakan 700 orang mati terbunuh.
DI MANA TUNKU
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana .
6.45 petang Encik Mansor selalu Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain macuk. Dalam tulisannya Tunku menafikan hal tersebut.
Ada yang menyalahkan Dato' Harun Idris sebagai punca tragedi 13 Mei. Bagi orang Melayu, Dato' Harun Idris adalah penyelamat orang Melayu ketika 13 Mei 1969. Dato' Harun Idris sedang menaiki tangga politik menuju Perdana Menteri jika tidak kerana pertandingan tinju Mohamad Ali vs Joe Bugner dan Bank Rakyat.
MAGERAN
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan. Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku Malay Dilemma oleh Dr Mahathir telah diharamkan. Ada pendapat yang mengatakan Dr Mahathir adalah antara perancangan utama tragedy berdarah 13 Mei 1969. Selepas tragedi tersebut Dr. Mahathir telah dengan lantangnya memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.
Keadaan akhirnya dapat di kawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara juga telah diciptakan.
Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman menyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Sebenarnya peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.
Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa politikus yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi mendapat tafsiran semula.

PENYEBARAN FITNAH
Fitnah ialah menyiarkan
sesuatu berita tanpa kebenaran dengan bertujuan untuk mencemarkan nama baik
seseorang dan bagi pemfitnah tersebut pula ianya adalah untuk memudahkan dirinya bagi mencapai segala cita-citanya. Pada era teknologi dan globalisasi ini penyebaran
fitnah menjadi berleluasa dan ianya mudah untuk disampaikan dengan adanya
teknologi canggih seperti komputer, telefon dan pelbagai gajet lagi. Penyebaran
fitnah masa kini lebih tertumpu pada penyebaran fitnah di laman sosial yang
mana tujuan utama penfitnah adalah untuk menjatuhkan seseorang, memperoleh
pangkat dan tidak terkecuali untuk melariskan artikelnya semata-mata untuk
mencapai tontonan tertinggi. Perbuatan fitnah ini adalah perbuatan yang tercela
yang mana Allah S.W.T telah menjanjikan azab yang pedih kepada mereka yang
menyebarkan fitnah.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Buruj:10 :“Sesungguhnya orang-orang yang
mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian
mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab
(neraka) yang sangat pedih”.
Adalah menjadi sesuatu yang janggal apabila
golongan berpendidikan tinggi juga turut tidak terkecuali menjadi penyebar
fitnah bahkan golongan inilah yang lebih memanipulasi sikap buruk menyebarkan
fitnah. Kebanyakkan daripada mereka menyebarkan fitnah hanya semata-mata untuk
mengejar pangkat dan harta dunia yang mana hanya bersifat sementara. Hal ini
terjadi kerana mereka lupa akan kehidupan selepas mati dan azab yang akan Allah S.W.T timpakan pada mereka di hari pengadilan kelak. Pada usia
muda mereka, mereka hanya lebih mementingkan ilmu dunia. Akibatnya, ianya menyebabkan
mereka jahil akan ilmu agama yang menyebabkan mereka terperosot kelembah
kedustaan.
Oleh yang demikian, bagi mereka yang menerima berita yang
disampaikan orang lain ianya perlulah dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan
dan kewarasan fikiran sepatutnya menjadikan kita tidak mudah terpedaya dengan
fitnah yang bertujuan untuk memburuk-burukkan orang lain. Sikap menyebarkan
fitnah bukanlah sunnah yang diajarkan Rasulullah S.A.W.
Rasulullah SAW mengingatkan kita melalui sabda Baginda: “Orang Mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor (maki-hamun).” (Riwayat Ibnu Mas'ud)

Penyebaran fitnah bukan sahaja dari segi
penulisan atau komen, penyebaran fitnah juga boleh berlaku dalam bentuk gambar
dan juga video. Fitnah sebegini pernah terjadi kepada ahli politik dan artis
tanah air. Akibat daripada perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini,
ianya telah menyebabkan mangsa fitnah tersebut sukar mendapat perkerjaan.
Sebagai contoh golongan artis mereka perlu menerima pelawaan syarikat produksi
untuk menjalankan setiap rakaman. Akibat daripada virus fitnah ini syarikat
produksi tidak berani mengambil risiko kerugian jika mereka mengaji artis yang
terlibat dengan skandal fitnah. Adalah lebih parah apabila mangsa fitnah itu
sendiri terpaksa menerima hukuman sebat dan penjara akibat daripada virus
fitnah tersebut.
Sejarah Islam telah menunjukkan bukti yang nyata di mana
tiga khalifah Islam menjadi korban fitnah menyebabkan Khalifah Umar al-Khattab,
Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib terbunuh.
Nama
|
Jenis Fitnah
|
Saidina Umar al-Khattab
|
|
Saidina Uthaman Affan
|
· Memihak kaum keluarga
· Boros dan mengambil duit baitulmal
· Membenarkan para sahabat Rasululla S.A.W dan kaum Quraisy memiliki tanah
di Iraq
· Memihak kaum Quraisy dan kaum murtad
· Membakar al-Quran
|
Saidina Ali Abi Talib
|
|
Keadaan yang berlaku hari ini menampakkan kegagalan
masyarakat memikirkan kesan daripada perbuatan mereka terhadap orang lain. Ia
juga memperlihatkan kejahilan mereka mengenai ajaran Islam yang melarang menyakiti
saudara kerana umat Islam sepatutnya menyayangi saudara sebagaimana dia
menyayangi dirinya.
Kebebasan bersuara serta hak asasi yang diperjuangkan selama
ini juga menjadikan perbuatan menfitnah, membuat dakwaan palsu sebagai suatu
yang boleh diterima atau tidak salah. Undang-undang juga gagal mengekang
kumpulan yang sering mengamalkan fitnah secara terang-terangan.
Ketahuilah duri fitnah ini amat berbahaya dan menyakitkan.
Ianya merosakkan persaudaraan, meruntuhkan institusi keluarga dan masyarakat.
Bermula dengan fitnahlah hubungan adik-beradik, suami isteri, jiran tentangga
dan sebagainya hancur dan mengakibatkan permusuhan yang berkekalan. Oleh yang
demikian kita perlulah sentiasa mengamalkan sikap hormat-menghormati, adil dan
bertanggungjawab walaupun berhadapan dengan musuh bagi mengekang virus fitnah
ini daripada meresapi ke dalam diri kita sendiri.
Nabi
s.a.w bersabda yang bermaksud:
![]() |
| JAUHI FITNAH!!
Kesimpulannya, fitnah bukan sahaja membawa kepada keburukan dalam kehidupan bermasyarakat, malah ianya merupakan dosa besar yang mana si penyebar fitnah perlu memohon maaf kepada mangsa fitnah andai ingin dosanya diampunkan. Pembuat dan penyebar fitnah disifatkan sebagai golongan yang keji. Oleh itu kita sebagai manusia yang waras, setiap informasi yang diterima dan ingin disampaikan perlulah diperhalusi dan diselidik kesahihannya agar tidak mejadi fitnah dalam kalangan masyarakat. Akhir sekali,m kita perlulah sentiasa mengamalkan adab-adab Islam ketika berkomunikasi bagi mengekang virus fitnah ini daripada menular ke dalam diri.
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Sahabat-sahabat Baginda menjawab: “Orang yang muflis di antara kami ya Rasulullah ialah orang yang tidak mempunyai wang dinar dan dirham (ringgit) dan tiada harta benda.” Nabi s.a.w seterusnya bersabda: “Sebenarnya orang yang muflis daripada kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa solat, puasa dan zakat, sedangkan datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang, dan menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan juga memukul orang; maka akan diambil daripada amalan kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu. Kemudian apabila habis amalan kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula daripada kesalahan-kesalahan orang yang dianiaya serta ditimpakan ke atasnya. Kemudian, ia dihumban ke dalam neraka.”)
![]() |
Subscribe to:
Comments (Atom)