PENGERTIAN
Konsep persaudaraan boleh
ditakrifkan berdasarkan kepada dua bahagian.
Dari segi bahasa.
Perkataan persaudaraan adalah
terjemahan daripada perkataan Arab iaitu Ukhuwah yang berasal dari akar kata
Akhun yang membawa erti sebagai sahabat, teman, saudara dan sebagainya.
Dari segi istilah.
Boleh dilihat dari beberapa sudut:
Dari kacamat al-Quran,
persaudaraaan diertikan sebagai perasaan kasih sayang, tolong-menolong,
bantu-membantu, bertolak-ansur, bermesra dan cinta-mencintai diantara sesama
umat Islam tanpa berkecuali.
Dari kacamata al-Hadith
Rasulullah s.a.w pula, persaudaraan diertikan lebih kurang sama sepertimana
yang dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran. Di mana Rasulullah s.a.w
menghuraikan konsep persaudaraan itu sebenarnya merupakan tubuh badan, darah
daging dan roh umat Islam sendiri pada keseluruhannya. Sehingga baginda
mentamthil ibaratkan perasaan persaudaraaan sesama umat Islam sebagai satu
tubuh badan apabila satu anggota tubuh badan itu mengalami kecederaan atau
terkena sakit, penderitannnya dirasa dan ditanggung bersama oleh seluruh
anggota badan. Sehingga seluruh anggota turut sama berjaga malam untuk
sama-sama merasai kesakitan yang dialami oleh salah satu daripada anggota yang
sakit itu tadi.
Dari kacamata ulamak Islam pula,
terdapat dua kumpulan pendapat yang terbesar:Golongan yang mengatakan bahawa
konsep persaudaraan ialah dalam bentuk umum. Iaitu persaudaraan tanpa mengira
aqidah, bangsa, keturunan, warna, kulit dan sebagainya. Malah asal dinamakan
manusia maka perasaan persaudaraan itu wajib dijalin. Golongan kedua menekankan
tentang ketunggalan asal usul manusia yang berasal daripada daripada Adam a.s
itu bersaudara dan menjadi tanggungjawab mereka untuk mengeratkan persaudaraan
dan kemakmuran manusia sejagat.
PENGERTIAN
PERSAUDARAAN MENURUT AL-GHAZALI.
Pertama :
Persaudaraan itu dijalin atas
dorongan untuk mendapatkan keseronokan. Hal ini berlaku apabila seseorong itu
merasa gembira melihat orang lain samada dari segi paras rupa, tingkah laku dan
sebagainya. Ini bererti seseorang itu menjadi sebab mengapa persaudaraan itu
terjadi.
Kedua :
Persaudaraan itu terjadi yang
berpunca daripada tujuan seseeorang untuk kepentingan dirinya sendiri. Misalnya
dengan persaudaraan itu kelak ia mendapat pertolongan di dalam bentuk
kebendaan, kewangan dan sebagainya. Ini bererti persaudaraan itu diraih semata-mata
untuk itu.tujuan kebendaan dan tidak lebih dari.
Ketiga :
Adalah persaudaraan yang sengaja
diusahakan, tetapi bukan dengan tujuan untuk kesoronokan memandang seseorang
atau untuk kepentingan kebendaan tetapi semata-mata untuk
mendapatkankebahagiaan di akhirat.
Keempat :
Persaudaraan yang diikat erat di
atas cetusan daripada kesedaraan iman dan taqwa kepada Allah s.w.t. Dalam
ertikata bahawa persaudaraan yang dijalin kerana semata-mata patuh, taat,
menyembah dan menyerah diri kepada Allah s.w.t.
Kesimpulan :
Di mana sebarang daya usaha untuk
berkasih sayang, cinta-mencintai, bermesra, hormat-menghormati, bekerjasama,
tolong-menolong dan sebagainya sesama umat Islam semata-mata kerana beribadat
kepada Allah s.w.t adalah merupakan ikatan persaudaraan yang sempurna dalam
ertikata yang sebenarnya.
SAHABAT YANG IDEAL MENURUT
AL-GHAZALI.
• Kebijaksanaan
• Akhlak yang mulia
• Tidak fasik
• Tidak melakukan bidaah
• Pemurah.
HIKMAH PERSAUDARAAN
Apabila memperkatakan tentang
hikmat, kelebihan atua faedah daripada persaudaraan, ia boleh dihuraikan
melalui al-Quran dan al-Hadith.
Al-Quran.
Al-Quran secara khusus telah
menyenaraikan beberapa hikmat persaudaraan yang di antaranya ialah :
Al-Quran menjelaskan bahawa
pengukuhan perasaan persaudaraan di di kalangan umat Islam dan berbaik-baik
dengan yang bukan Islam adalah semata-mata untuk mengwujudkan perpaduan
sejagat. Apabila terburainya ikatan itu tadi, bumi Allah s.w.t ini akan
dibasahi oleh darah manusia. Punca utama pertumpahan darah itu adalah
disebabkan hilangnya ikatan perasaan persaudaraan sesame manusia. Jesteru
kerana itu, persaudaraan dan perpaduan menurut Al-Quran adalah merupakan
jembatan emas yang menuju ke arah pencapaian keamanan, dan kesejahteraan yang
dimimpikan oleh setiap manusia dan penghalangan perpecahan. Selain daripada
itu, walaupun perpaduan diwajibkan oleh Allah s.w.t, mereka yang bersatu-padu
berasas kepada iman dan taqwa iaitu berasaskan persaudaraan Islam adalah
merupakan golongan yang paling dimuliakan oleh Allah s.w.t.
Al-Quran juga selanjutnya
menjelaskan bahawa persaudaraan adalah merupakan nikmat yang tidak terhingga
besar ertinya kepada manusia. Hal ini adalah bertitik-tolak daripada kenyataan
bahawa melalui persaudaraan ini maka manusia dapat melaksanakan apa sahaja yang
mereka kehendaki kea rah penyempurnaan keperluan hidup mereka. Persaudaraan
melahirkan semangat untuk bekerjasam, bergotong-royong dan saling
bantu-membantu sesama umat Islam untuk melakukan segala kebajikan yang dapat
menyempurnakan keperluan hidup mereka bersama.
Selanjutnya persaudaraan jugalah
yang telah menjadi nikmat yang cukup besar apabila sesuatu penderitaan atau
halangan yang dialami oleh salah seorang daripada umat Islam akan ditanggung
bersama oleh umat Islam sehingga kesakitan atau penderitaan itu seolah-olah
tidak berlaku kerana menjadi ringan apabila kesusahan itu dipikul bersama.
Al-Quran juga menyarankan bahawa
nikmat persaudaraan yang berlunaskan kepada saranan Allah s.w.t sepertimana
yang terkandung di dalam al-Quran adalah merupakansalah satu asas kejayaan
seseorang muslim di atas muka bumi ini dan di akhirat. Persaudaraan yang
diperundangkan oleh Allah s.w.t itu berpunca daripada keimanan dan ketaqwaan.
Sedangkan kedua0dua unsur itu merupakan tali pengikat yang cukup kuat bagi
menjamin keberkekalan persaudaraan.
Melalui persaudaraanlah seseorang
itu memperolehi kekuatan dan kekuasaan, hal ini amat benar sekali. Di mana
sesuatu golongan yang bersatu-padu itu adalah merupakan golongan yang kuat dan
gagah yang disegani rakan dan lawan. Inilah di antara faedah atau kelebihan
persaudaraan. Tamadun yang dicapai oleh sesuatu bangsa itu adalah disebabkan
ketinggian prestasi perpaduan, persefahaman dan persaudaraan di kalangan setiap
ahli bangsa itu sendiri dari golongan pemerintah hinggalah golongan rakyat
jelata.
Prestasi keimanan dan ketaqwaan
orang-orang Islam itu dapat diukur dengan kadar tingginya prestasi persaudaraan
di kalangan merela sendiri. Inilah kayu pengukur atau dacing penimbang yang
dikemukakan oleh al-Quran. Dalam ertikata yang lain semakin tinggi dan kukuhnya
ikatan persaudaraan di kalangan umat Islam, maka semakin tinggi dan kukuh iman
dan taqwa umat Islam. Sebaliknya, perpecahan, persengketaan dan pertumpahan
darah yang berlaku di kalangan umat Islam adalah lambang atau petanda kelemahan
dan kelenturun iman dan taqwa mereka. Hanya orang yang benar-benar beriman dan
bertaqwa sahaja yang dapat melaksanakan hak dan tanggungjawab yang
diperundangkan oleh Islam.
Al-Hadith.
Rasulullah s.a.w menyarankan
bahawa persaudaraan yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w mempunyai kesan dari
segi psikologi atau kerohanian yang cukup besar. Ini disebabkan persaudaraan
dan perpaduan itu tidak dapat dilaksanakan melainkan setelah wujudnya perasaan,
semangat dan keinginan yang cukup tinggi. Jesteru kerana itu Rasulullah s.a.w
beranggapan persaudaraan itu memerlukan kepada semangat dan cita-cita untuk
bersatu-padu dan bekerjasama.
Persaudaraan bertitik-tolak
daripada lubuk hati atau jiwa inilah apabila diadunkan dengan iman dan taqwa
menjadi satu daya tenaga yang cukup kuat di kalangan umat Islam. Hikmat yang
terbesar yang diperolehi daripada persaudaraan ialah kepuasaan dan kebahagiaan
jiwa dan hati yang tidak terhingga. Perkara ini amat ketara apabila golongan
yang bersatu-padu itu menjadi kuat dan gagah yang disegani dan ditakuti oleh
musuh. Jesteru kerana itu ia menanamkan semangat percaya kepada diri sendiri,
kemegahan dan kepuasaan hati.
Selanjutnya, persaudaraan
menyuburkan perasaan kekuatan rohani yang berakhir dengan terjelmanya kekuatan
jasmani. Dengan ini, segala sesuatu yang berbentuk kejiwaan atau kebendaan
dapat diselesaikan dengan adanya daya kekuatan persaudaraan.jesteru kerana
itulah persaudaraan itu digalakkan oleh Rasulullah s.a.w diperkukuhkan. Kemesraan
umat Islam sentiasa dipertingkatkan dan semangat kasih sayang itu sentiasa
dipupuk agar dapat meningkatkan lagi prestasi ikatan persaudaraan.
Hiikmat persaudaraan yang
berasaskan kepada Hadith Rasulullah s.a.w selanjutnya dijelaskan oleh baginda
sebagai satu cara bagaimana seseorang itu mendapat perlindungan daripada Allah
s.w.t di hari akhirat kelak. Di man di Padang Mahsyar kelak tiada siapa yang
dapat memberi perlindungan daripada azab sengsara melainkan Allah s.w.t juga
yang berkuasa lagi maha memberi pengampunan. Dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w
bahawa orang yang mengeratkan hubungan persaudaraan adalah di antara mereka
yang akan diberikan oleh Allah s.w.t di Padang Mahsyar.
Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w
selanjutnya bahawa orang yang mengasihi umat Islam yang lain kerana beribadat
kepada Allah s.w.t adalah terdiri daripada golongan yang paling dikasihi oleh
Allah s.w.t Sedangkan keredhaan Allah s.w.t sentiasa dicari-cari dan menjadi
cita-cita oleh setiap umat Islam. Kini telah jelas terbukti salah satu cara
yang paling baik untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t dan menjadi orang yang
dikasihi olehnya dengan mengasihi dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara
sesama umat Islam.
Ganjaran yang begitu besar
ertinya daripada Allah s.w.t kepada manusia ini sebenarnya mempunyai hikmat
disebaliknya yang semata-mata untuk kepentingan dan kesempurnaan hidup manusia
sendiri. Di mana implikasi daripada eratnya hubungan silaturrahim akan
mencetuskan perpaduan yang membawa kepada keamanan, kesejahteraan dan perpaduan
yang semata-mata merupakan faedah kepada umat manusia. Tentang ganjaran kasih
sayang Allah s.w.t terhadap umat Islam yang mengasihi umat Islam yang lain
dirakamkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam Hadith yang diriwayatkan oleh
Rasulullah s.a.w.
PRINSIP
– PRINSIP PERSAUDARAAN DALAM ISLAM
PERDAMAIAN
Al-Quran secara khusus
menghuraikan tentang prinsip pertama ini iaitu perdamaian atau hubungan yang
baik. Di mana perdamaian atau berbuat baik antara satu sama lain di kalangan
umat Islam itu mestilah berdasarkan kepada ketentuan yang dianugerahkan oleh
Allah s.w.t iaitu segala akhlak yang terpuji sepertimana yang terkandung di
dalam al-Quran. Hanya dengan iman dan taqwa hubungan yang baik itu benar-benar
memenuhi syarat dan keperluannya di dalam ertikata yang sebenar. Kepentingan
kedua-dua unsur itu tadi di dalam mengwujudkan perdamaian dan pengekalan
prestasi persaudaraan tidak dapat dinafikan.
Di antara cara pengekalan
prestasi perdamaian di dalam mengeratkan persaudaraan Islam ialah dengan setiap
umat Islam mestilah sentiasa berniat, bercita-cita dan menjelmakan dalam bentuk
tingkah laku dalam menggalakkan berkembang luasnya amal kebajikan. Dalam masa
yang sama sentiasa melarang daripada melakukan kemungkaran. Kebenaran kenyataan
ini terlalu menonjol sekali. Kerana jika seluruh individu umat Islam melakukan
kebajikan dan tidak ada yang melakukan kemungkaran tentu kebaikan dan
perdamaian sahaja yang wujud, sedangkan kehuru-haraan serta keburukan tidak
timbul sama sekali.
Al-Quran selanjutnya menegaskan
bahawa perdamaian sejagat di kalangan umat Islam itu akan dapat dicapai dan
dinikmati bersama serta dikekalkan buat selama-lamanya jika setiap individu
muslim berpegang teguh kepada agama Allah s.w.t Islam itu sendiri membawa erti
perdamaian. Sekaligus Islam adalah merupakan parti tunggal yang dapat
mengeratkan ikatan persaudaraan dan perdamaian dalam ertikata yang sebenarnya
di kalangan manusia.
ASAS
PERSAUDARAAN ISLAM
1)Akhlak yang mulia.
Tidak dapat dinafikan lagi
tentang betapa pentingnya akhlak dijadikan sebagai asas persaudaraan Islam.
Akhlak boleh ditakrifkan di dalam ungkapan yang paling singkat sepertimana yang
dikemukakan oleh Al-Ghazali sebagai segala laku perbuatan yang mulia yang
berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Hadith.
Akhlak Umum :
Apabila memperkatakan akhlak yang
umum, Al-Quran telah mempersembahkannya di dalam beberapa bentuk yang
disenaraikan di bawah ini. :
a.Bercakap benar, tidak dusta
adalah salah satu daripada sifat akhlak umum Islam yang disarankan oleh
Al-Quran. Betapa pentingnya bercakap benar setiap masa dan tempat di dalam
mengeratkan ikatan persaudaraan tiada siapa yang meraguinya. Kerana ia merupakan
perkara yang dapat menimbulkan perasaan percaya mempercayai dan kasih sayang.
Sedangkan dusta adalah merupakan pengkhianatan yang menghancur-luluhkan kasih
dan menimbulkan kebencian.
b. Menjauhkan diri daripada
melakukan segala yang mungkar dan keji adalah ciri akhlak umum Islam yang
selanjutnya. Tidak dapat dinafikan terhapusnya amalan keji ini dapat
mengeratkan ikatan persaudaraan. Kerana ia sentiasa menggalakkan berkembang
perasaan kasih sayang, kebajikan, persefahaman dan menyuburkan perasaan saling
hormat-menghormati.
c. Akhlak umum yang disarankan
oleh Al-Quran selanjutnya ialah menggalakkan meluasnya perkara kebajikan dan
berusaha menghapuskan kemungkaran. Tentang peranan kedua-dua unsur akhlak ini
tadi di dalam pemupukan kasih sayang dan persaudaraan umat menonjol sekali.
Kerana tiada manusia yang tidak suka kepada kebajikan. Setiap kali kebaikan
yang diterimanya pasti ia merasagembira dan senang hati. Kebajikan yang
berkekalan bertanggungjawab mencetuskan keamanan, kemakmuran, kesejahteraan, persaudaraan
da perpaduan di kalangan umat Islam. Sedangkan ke semua unsure ini tidak saling
bantu-membantu menuju ke arah kemesraan dan kasih sayang.
d. Perlaksanaan ibadat samada
ibadat khusus atau ibadat umum. Manusia yang menyedari hakikat matlamat penciptaan
dirinya iaitu untuk patuh menyembah dan menyerah diri kepada Allah s.w.t pasti
akan terus sujud dan mengikut perintah-Nya dan meninggalkan segal larangan-Nya.
Akhlak Khusus :
a. Menekankan pentingnya penunaian janji.
Kenyataan ini amatlah penting dan tepat sekali, di mana penunaian janji dapat
mencetuskan perasaan kasih sayang dan terhutang budi. Perasaan inilah yang
memainkan peranan yang agak penting di dalam menyemai, menyubur dan
menghasilkan ikatan persaudaraan yang unggul.
b. Sifat tolong-menolong,
bantu-membantu, bekerjasama dan sempurna menyempurnakan. Akhlak ini amatlah
mustahak di dalam pengukuhan ikatan persaudaraan kerana tiada manusia yang
dapat menyempurnakan keperluan hidup secara sendirian. Jester itu dengan wujud perasaan
saling bantu-membantu dapat menyuburkan perasaan persaudaraan.
c. Akhlak khusus selanjutnya
dijelaskan oleh Allah s.w.t sebagai merendah diri. Tawaduq dan hidup dalam
keadaan sederhana (zuhud). Sebaliknya Allah s.w.t melarang daripada sifat bongkak,
sombong, takbur, riak dan lain-lain. Sifat merendah diri tentu dapat menjadi
tenaga yang kuat untuk mengeratkan perpaduan apabila orang yang merendahkan
diri itu disukai dan tidak menimbulkan sesuatu yang boleh menyakitkan hati
orang lain.
2)Ikhlas.
Dari segi bahasa, perkataan
ikhlas dalam bahasa Arab bererti kebersihan, kejernihan, kesucian dan
kemurnian. Oleh itu laku perbuatan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan
niat di hati ialah laku perbuatan yang bersih, jernih, suci dan murni.
Ikhlas dari segi istilah ialah
pembersihan dan penyucian niat dari sebarang kekotoran dan penyakit yang
menodai keikhlasan untuk taqarrub atau menghampirkan diri kepada Alla s.w.t
semata-mata, dalam segala laku perbuat yang telah sedang dan akan dilaksakan.
3)Amanah.
Amanah dalan ertikata memelihara
sesuatu yang diberikan kepercayaan kepada yang berhak menerimanya. Di dalam
hubungan persaudaraan, segala sesuatu yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t
kepada umat Islam yang diwajibkan pengagihannya kepada suadaranya adalah amanah
yang mesti dipelihara dan disempurnakan.
4)Belas Kasihan.
Sifat ini dianggap cukup penting
kerana tanpa sifat ini, masyarakat manusia menjadi masyrakat binatang yang suka
melakukan kekejaman dan penindasan apabila ia berkuasa melakukannya. Allah
s.w.t sememangnya mewajibkan agar umat Islam menghayati dan mengamalkan segala
sifat-sifat kesempurnaan Allah s.w.t sepertimana yang terkandung dalam Asma
ul-Husna. Digalakkan umat Islam menjiwai sebanyak dan sedalam yang mungkin.
Kerana sifat belas kasihan sentiasa menuju ke arah peningkatan iman, taqwa dan
amal soleh yang sekali gus berfungsi sebagai tali pengikat ikatan persaudaraan.
Dijelaskan oleh Allah s.w.t sesiapa sahaja yang mempunyai sifat pengasih dan
penyayang serta menaruh belas kasihan kepada makhluknya, diampuni oleh Allah
s.w.t Mereka juga dipelihara oleh Allah s.w.t daripada azab api neraka.
No comments:
Post a Comment